Friday, March 19, 2010
Demam, Batuk, Selsema
Minggu ni saja dah habis serumah berjangkit demam, batuk dgn selsema. Awat la....dok jadik macam ni, habis semua satu rumah berjangkit. Terutamanya my daddy....ntahlah sejak dua menjak dia tak berapa sihat, batuk memanjang. Rasanya dah ambik ubat 2 kali dah, still tak lega. Pagi tu ada dia mengadu sakit dada...pulak dah....panik gak ni....tp pagi2 lg dah bawa p bhgn kecemasan HSB buat ecg then x-ray....he still ok but got a little bit problem on his heart. So sekarang dirujuk ke bhgn dada Hospital lama.
Thursday, March 11, 2010
Subang Baru Rafiqah Najwa
Ni Subang baru rafiqah
Minggu lepas kakak beria2 sangat nak tindik telinga dia, kata nak pakai subang la dan macam2 perangai dia yg dibuat semata2 nak kan subang baru. So aku bawa la dia pi tindik telinga, tapi cayalah....dia langsung tak teriak walau sikit pun. Punya nak pakai subang dia sanggup tahan sakit, lagipun bukan sakit sangat sebab depa bubuh ubat kebas. Kesian pun ada jugak, tapi dah dia yg nak...ikut aja laaaaa....Lepas balik tindik telinga terus ajak makan Pizza Hut ngan Mak Tok dia, seronok la tu....impian tercapai. Dia ada bagitau nak cerita kat Tok Kampung masa balik kampung nanti. Still suka menunujuk2 dia ni....
Selepas tindik telinga, suka ja muka dia....
Tuesday, March 9, 2010
Lama tak menulis
Salam......lama juga rasanya tinggaikan blog ni, bkn tak mau menulis tapi keadaan tak mengizinkan. Minggu ni penuh dengan pelbagai cabaran. Cabaran kerjaya, anak2, rumahtangga dan sebagainya membuatkan aku tak keruan sangat. Minggu ni saja si kecik Rayyan memang buat hal, bukan apa dia dapat selsema dan memang susah nak tido malam asyik teriak sepanjang malam sebab tak selesa. Masuk ni dah 2 malam aku tido dah nak cerah, mlm kelmarin sampai 5.30 pagi dia masih berjaga. Alamak......memang tido tak cukup la aku kali ni. Lain hal pulak ngan Rafiqah sebab dia sibuk2 nak tebuk subang di telinga, akhirnya kesampaian juga nak pakai subang. Aku ajak pi tebuk lubang telinga kat City Plaza, kesian pun ada takut dia sakit, tapi steady aja dia tu, langsung tak teriak la....bravo...bravo, macm tu la anak mama.
Si abah lain pulak peelnya, minggu ni beli seluar tracksuit, kunun nak berjoging, ok...kita akan tengok apa akan jadik dengan seluar joging tu. Terkadang memang nak tergelak pun ada dgn perangai abah ni, semanagt bukan main nak turunkan berat badan, macam aku juga masalahnya berat kami dua org selalu naik aja.
Kerja pun ada masalah gak, terkadang rasa nak marah pun ada dengan tingkah laku staf yg ada ni. Bukan apa, nak kata baru kerja rasanya dah lama, tapi masih tak tau nak buat dan jalankan tanggungjawab sendiri. Kisah mai lambat, tak susun fail dan macam2 lagi memang membuatkan aku tension sangat. So.....aku pun memang rasa geram tak terkata.
Minggu ni jugak aku kembali menghadiri pakej lansing yg aku dah ambik dulu, takut membazir la, tu yg nak buat balik tu. Harap2 kali ni aku betoi2 tekad untuk mengurangkan berat badan aku yg dah semakin naik. Heran????? ada kata aku semakin kurus....pelik sangat rasa macam dah mencanak2 berat naik la ni. Berkisah pasai berat badan ni, memang aku rasa geram dan tak tau nak buat macam mana untu turunkan berat badan. Dah macam2 benda dah cuba tapi tak berkesan pun. Nak kata aku suka makan dak jugak, tapi berat naik jugak. Tak pa....tak pa...aku akan kuatkan semangat untuk turunkan berat badan dalam masa 6 bulan.....harap2 aku mampu bertahan dengan nafsu nak makan aja....
Wednesday, March 3, 2010
Musuh Ketat Seantero
Ni nak kisahkan dua org budak yg memang pantang kalau berjumpa, mesti nak GADUH2 punya. Kalau setakat sikit2 ok la, ni dak siap bertampaq dan ada kesan gigitan di belakang badan sebab kena gigit. Anak aku paling ganas sekali sebab dia la yang selalu buli Rafiq tu, malah dia langsung tak dak perasaan belas kesian kat Rafiq. Si Rafiq pulak langsung tak balas apa yg Rafiqah buat kat dia. Last2 wa...wa....wa.....teriak la apa lagi. Kekadang memang kesian, tapi kekadang geram jugak sebab dia tak balas kalau dibuli.
Tapi kalau baik tu.....tak berenggang langsung, siap happy2 lagi. Masa mood baik memang ngam dua orang ni.
Friday, February 26, 2010
Diamnya Si Kecik Rayyan
Hari ni bertuah sungguh si abah sebab begitu baiknya si kecik Rayyan pada majlis orang. Maybe baru terjaga dari tido so dia DIAM....saja. Tengok saja aksinya sebab dia DIAM sangat2. Kalau tak jangan harap dia akan jadik macam ni, maklumlah......dia tak penah DIAM walau seminit pun. Tapi hari ni duduk sopan ja dengan abahnya. Lepas tu dengan Kak Long pun cam tu gak, DIAM dan BAIK tingkahnya. Namun adakah ia akan kekal selamanya......kita tgk aja la....bagus sungguh budak ni, tak kacau pun dan masa balik siap naik kereta jiran lagi...MEMANG RAYYAN TAK KISAH.
Majlis Pertunangan Amy
Hari Jumaat 26 Febuari 2010 kita sambut Maulidur Rasul dan juga majlis pertunangan adikku Amy dengan Bella. Kalut jugak sebab mula2 plan nak pi merisik ja, tapi lain yg jadik plak, terus jadi majlis bertunang terus. Tu la dok kalut sgt, pagi2 lagi dah sibuk sbb mami nak buat mkn tengah hari untuk jiran terdekat kat taman.
Hubby plak kena pi keja sat, urgent katanya....tinggai la aku sorang2 dok kalut2, anak2 lagi, nak tolong mami lagi. Nasib baik ada jiran tetangga yg mai tolong. Janji nak pi lepas sembahyang Jumaat ni. Yang bestnya dadi aku ni ntah la apa pesen dia ni. Tak mau pi pulak dah, nasib baik ada father in law aku Tok Kassim yg akan jadik wakil. Kami bertolak dlm pukul 3 cemtula. Jiran sebelah Cikgu Aziz sekeluarga, Makcik Shima, Kak Long dan mak mentua aku. Dalam 14 org jugak la pi sana, sampai ja boleh tahan ramai org. Dalam 10 minit lepas sampai, FIL aku terus bukak majlis dan bincang apa yg patut, ehhhh....pelik la sebab sat sangat, lepas habis ja kami pun makan2 la dan pastu terus balik dalam 4.30lebih2. Rasa cepat sungguh masa berjalan.
Kek ni ada kisahnya....aku order untuk makan2 kat rumah ja, tapi disebabkan ramai yg berkenan nak suruh buat hantaran jugak2 terpaksalah aku korbankan. Hubbyku tengok ja kek ni dibawa pergi...kesian dia sbb aku bagitau yg kek ni untuk makan2 dirumah. Tak pa lepas ni order lain lah gamaknya.....takut nanti kempunan pulak.
Cuppies
Bekas Cincin
Bakul buah-buahan
Ni antara hantaran yg aku buat sendiri. Kiranya air tangan kakak sendiri la ni....kalut bukan main nak siapkan benda ni semua. Cuppies tu aku order kat tempat biasa Kak Syima tu. Setakat ni aku mmg puas hati dgn kerjanya....memenuhi permintaan. Yang lain2 beli la....buah-buahan. Tapi yg bestnya pasai bakul2 hantaran ni aku tak payah keluarkan satu sen duit pun sebab semua dah ada, just buat saja....nasib baik la tangan ni menjadik walau kalut2.
Sunday, February 21, 2010
AKSI SI KECIK RAYYAN
Dia sedang tercengang2 sbb mama nak ambik gambaq candid...
Aksi bermanja2 dengan Mak Long nya....konon2 lah
Berani dia naik sorang2 atas kereta kuda ni.....
Bermain2 dengan kon....agaknya apa yg difikirkan
Inilah aksi si kecik Rayyan semasa bercuti di Kelantan &Terengganu, macam2 hal yg dia buat dengan rasa gumbira dan senang hati. Memang tak kacau sangat si kecik ni, tapi lasaknya bukan main dah la ni. Sampai puas nak kepung dia...
Subscribe to:
Posts (Atom)











