Hari Jumaat 26 Febuari 2010 kita sambut Maulidur Rasul dan juga majlis pertunangan adikku Amy dengan Bella. Kalut jugak sebab mula2 plan nak pi merisik ja, tapi lain yg jadik plak, terus jadi majlis bertunang terus. Tu la dok kalut sgt, pagi2 lagi dah sibuk sbb mami nak buat mkn tengah hari untuk jiran terdekat kat taman.
Hubby plak kena pi keja sat, urgent katanya....tinggai la aku sorang2 dok kalut2, anak2 lagi, nak tolong mami lagi. Nasib baik ada jiran tetangga yg mai tolong. Janji nak pi lepas sembahyang Jumaat ni. Yang bestnya dadi aku ni ntah la apa pesen dia ni. Tak mau pi pulak dah, nasib baik ada father in law aku Tok Kassim yg akan jadik wakil. Kami bertolak dlm pukul 3 cemtula. Jiran sebelah Cikgu Aziz sekeluarga, Makcik Shima, Kak Long dan mak mentua aku. Dalam 14 org jugak la pi sana, sampai ja boleh tahan ramai org. Dalam 10 minit lepas sampai, FIL aku terus bukak majlis dan bincang apa yg patut, ehhhh....pelik la sebab sat sangat, lepas habis ja kami pun makan2 la dan pastu terus balik dalam 4.30lebih2. Rasa cepat sungguh masa berjalan.
Kek ni ada kisahnya....aku order untuk makan2 kat rumah ja, tapi disebabkan ramai yg berkenan nak suruh buat hantaran jugak2 terpaksalah aku korbankan. Hubbyku tengok ja kek ni dibawa pergi...kesian dia sbb aku bagitau yg kek ni untuk makan2 dirumah. Tak pa lepas ni order lain lah gamaknya.....takut nanti kempunan pulak.
Cuppies
Bekas Cincin
Bakul buah-buahan
Ni antara hantaran yg aku buat sendiri. Kiranya air tangan kakak sendiri la ni....kalut bukan main nak siapkan benda ni semua. Cuppies tu aku order kat tempat biasa Kak Syima tu. Setakat ni aku mmg puas hati dgn kerjanya....memenuhi permintaan. Yang lain2 beli la....buah-buahan. Tapi yg bestnya pasai bakul2 hantaran ni aku tak payah keluarkan satu sen duit pun sebab semua dah ada, just buat saja....nasib baik la tangan ni menjadik walau kalut2.
No comments:
Post a Comment