Thursday, December 31, 2009

SELAMAT DATANG 2010....SELAMAT TINGGAL 2009...

Pagi  JUMAAT yang indah dan ceria... 1 Januari 2010 SELAMAT DATANG TAHUN BARU.......begitulah harapan dan impianku agar tahun baru yg datang ini akan membawa kebahagiaan dan keriangan.....SELAMAT TINGGAL 2009

....moga apa yg berlaku dalam tahun itu memberi satu pengalaman dan pengajaran agar tabah mengharungi hidup...Rasanya terlalu cepat masa berlalu membawa kita menjalani segala macam rencah kehidupan... BERSYUKUR KU KEPADA ALLAH S.W.T kerana memberi peluang untuk kita meneruskan kehidupan di muka bumi ini dengan penuh limpahan kurniaNYA...ALHAMDULILLAH.....

Monday, December 28, 2009

RAFIQAH JOURNEY




Last Saturday (26 December 09), bring my lovely husband and kidz rafiqah to Langkawi. Kerja sambil makan angin...sempat pi UNDERWATER WORLD saja....sebab kalut kerja....seronok la dia...gaduh sangat nak mandi pantai tapi tak sempat.

Thursday, December 17, 2009

HANTARAN PERKAHWINAN


Ini antara hantaran yg pernah aku siapkan untuk rakan2, sedara2 untuk hari perkahwinan mereka
 Dlm buzy2 pun aku sempat lagi buat hantaran yg ditempah....saja ja nak lepaskan tension...walau hubbyku sering tanya sempat ka buat semua tu???Tapi Alhamdulillah....semua tempahan siap....nak kata teror sgt tu tidaklah...tapi sekadar seronok2...

Sirih Junjung
                                      
 Perfumes & Tali Pinggang
                                                            
       
                              Hitam+Putih                              
                                                          
                                                                              Coklat
Perfumes
Coklat Fererro Roche
Kemeja
  
Sejadah 
Gula Jeli

Halwa
Kain Pelikat
Songkok & Tasbih 
Kain Pelikat
Perfumes
Perfumes
Jeli & Halwa

Thursday, December 10, 2009

RAYA RAYYAN


Ni kisah si baby kecik aku yg syok beraya Haji kali ni....siap bersampin lagi macam anak teruna dia ni......kalah si abah dia yg dok syok sendiri tu....Masa raya kali ni dia ada teman...sepupunya Nur Farisya Kaisara...sebaya...






Payah sangat nak ambik gambaq depan si Rayyan ni.......asyik tunjuk belakang ja dia ni....

MY MOM & ME BIRTHDAY (29 & 30 Oct 2009)


Bestnyeeeeee......sambut BIRTHDAY KE???? toing...toing...toing.....rasa dah tua sangat, tapi i'm still happy go lucky. Masa birthday ni dekat sangat dengan birthday my mom...just 1 day saja...so kami sambut sekali la masa ni....siap order kek yg cun2 untuk sambut birthday kali ni. HAPPY BIRTHDAY TO MY BELOVED MUM....semoga panjang umur, sentiasa murah rezeki dan diberkati ALLAH S.W.T. Tahun ni memang berbaloi sambut birthday dengan my mum....tapi tak dapat hadiah la....just flowers from my hubby...sebab masa ni tengah merajuk giler dengan dia.


Flowers from my loving hubby....katanya untuk dua orang me & my mum.....
Ni masa my mum tengah sibuk2 potong kek sambil diperhatikan oleh cucu2nya yg dah tak sabaq2 nak makan kek tu...







Alangkah indah kalau aku dok sama dalam gambaq tu, tapi apakan daya kerana aku juga la camera women nyaaaa......wahhhhhhh....

Tuesday, December 8, 2009

HAPPY ANNIVERSARY 5TH YEAR


Hari ni genap 5 tahun ku layari bahtera perkahwinan dengan hubbyku Mr Muhd Rodzi sebagai Mrs Muhd Rodzi....Alangkah indahnya......tak sangka diam2 dah masuk tahun ke-5 kami bersama. Semoga ikatan perkahwinan ini akan kekal bahagia selama-lamanya....AMINNNN....Doa kesyukuran ku panjatkan kepada ALLAH S.W.T dengan izinnya kami berdua bersama2 dapat mengharungi segala pahit getir alam rumahtangga. Buah Cinta kami berdua RAFIQAH NAJWA DAN MUHHAMMAD RAYYAN yg sedang membesar itulah tanda kasih sayang kami berdua. "SELAMAT MENYAMBUT ULANGTAHUN PERKAHWINAN KE 5" khas buat insan tersayang MUHD RODZI KASSIM. Semoga jalinan kemesraan akan tetap kekal bersemi, cinta dan kasih sayang antara kita akan terus mekar selama-lamanya....ANDAI KU DIBERI PILIHAN........inginku ulangi saat manis tatkala diriku menjadi permaisurimu....

Ni kek yg aku tempah khas untuk my hubby masa Anniversary hari tu......cheese cakes with blueberry and cupcakes yg kiut miut tu....tq for k.syima. Cheese cakes tu memang best sgt sampaikan my sister yg balik sini pun suka sangat....
Ni flower yg my hubby hadiahkan, memang terharu sangat sebab macam2 dia buat for make me happy on that day. Pi dinner di RESTORAN BERPUTAR, MENARA ALOR SETAR...memang kenangan terindah for our ANNIVERSARY...thank a lot for my lovely husband.

Hadiah ni aku plak yg hadiahkan buat suami tersayang sempena ULANGTAHUN KE 5 PERKAHWINAN kami, pening jugak memikirkan apa yg patut aku bagi dan last inilah hasilnya bila aku singgah kedai bunga dan suruh dia create something special for my hubby, memang cun idea aku ni....dia pun suka sangat.

Monday, November 30, 2009

MAJIKAN vs PEKERJA

Salam semua.....hari ni aku teringin sekali mengisahkan tentang peranan majikan dan pekerja. Aku juga menjadi pekerja dan sekarang majikan. MAJIKAN@BOSS....itu adalah realiti yang menghadkan hubungan dengan pekerja. Hari ni aku sampai di ofis tanpa ada kerani@staff yang sepatutnya datang bekerja. Aku sebenarnya memang terkilan sangat dengan sikap pekerja bangsa kita MELAYU, betul seperti kata sesetengah majikan yang menggajikan org asing sebagai pekerja kerana ORG KITA terlalu banyak kerenahnya. Pada mulanya aku tak perasan sangat dengan keadaan seperti ini, tapi realitinya terjadi sekarang. SIKAP bangsa kita yg memusnahkan diri, sanggup mengabaikan tanggungjawab dan kerja mereka. Kerajaan mewar2kan agar mengambil pekerja tempatan, tapi bagaimana pula kalau pekerja kita yang mempunyai sikap yang begitu membosankan seperti suka ponteng, datang lambat, buang masa, mengelat(curi2 tulang), menggunkan harta syarikat sewenangnya, makan duit syarikat dll lagi sikap ORG KITA.
Rasanya kalau aku bercerita dengan apa yg berlaku kepada aku sebagai MAJIKAN, rasanya memang tidak berbaloi kita menggaji org tempatan. HAMPEH!!!! aku rasa perkataan tu sesuai sebabnya pekerja tempatan kita memang langsung tak bertanggungjawab. Masuk ni dah 1 tahun aku buka ofis dan dah bertukar berpuluh2 pekerja yang begitu menghuru-harakan syarikat. CURI BRG, SONGLAP DUIT, CAKAP TELEFON DLL.
KISAH 1 - Bulan November08
Kerani pertama yg mula2 masuk kerja. Dari segi pakaian.....malas nak cakap la......seksi giler..... kerja mula2 ok, lepas tu mula bergayut sampai bil telefon mencecah ribuan ringgit. Kerja cantik tapi perangai buruk sangat sebab SUKA BERGAYUT DI TELEFON OFIS. Bayangkan sampai tengah malam boleh bergayut kiranya RM50+++ sekali dail. Sikap ni baik ka?. Masuk juga dengan pekerja am yang KAKI VIDEO LUCAH. Sanggup syer dengan MAMAK kedai sebelah, masuk opis waktu malam tgk internet cerita LUCAH2. Bil internet beratus RM....bila tanya cakap org curi line. Last2 dah terbongkar rahsia cpt2 nak berhenti konon alasan nak study....dan family nak pindah...HAMPEH!!!!....sampai hari ni aku masih terserempak dengan bapanya yg kata beria2 nak pindah tu. Sang kerani?????MALU BESAR AGAKNYA.
KISAH 2 - Bulan Jan09
Kerani ke-2 masuk kerja. Ni satu lagi, muka melawa bukan main la.....dek kerana nak melawa ja kerja dia, satu kerja pun dia tak tau buat...asyik belek cermin saja.....Ni pun kaki gayut juga....KAKI LEWAT MAI BALIK AWAI2. Inilah sikap ORG KITA....dah boring agaknya dok kena marah sebab BODO & DUNGU minta berhenti sebab dapat job lain konon, padahal kerja kat kedai h/set jerrrrr.....bukan nak hina, MAYBE ITU TAHAP BUDAK NI KOT....Aku pun biaqkan dan yang pastinya MALU LA NAK TERSEREMPAK NGAN AKU.....
KISAH 3 - Bulan Feb09
Kerani ke3 pun masuk kerja...nampak baik, bagus budaknya...muda lagi sebab tunggu result SPM. Dressing....boleh tahan juga...budak2 muda. Kerja pun boleh aku puji jugak la, sebab aku dah anggap macam adik aku ja sebab dah kenal baik, dan aku layan pun baik2 ja sebab fikir dia ni budak lagi. TAPI KAKI PEMBOHONG...pulak dah....macam2 dibohongkan aku nih. Rasa BODO juga aku dibohongkan oleh budak tu. Mula2 kerja aku puji la tapi lepas masuk bulan ke 2 ja....mula la perangai buruk timbul.
KES curi CPU....rasa nak tergelak pun ada, bukan apa nak bohong tak menjadik pulak....sendiri ambik lepas bagitau ada org pecah masuk curi.....bila aku GEMPAQ nak repot polis...esoknya ada balik CPU tu...tak ka heran sangat sebab masa aku panggil semua buat meeting tergempaq tu, hanya staff ja....tapi cemna pencuri tu dapat dengaq yg aku nak buat repot yek?????? CONFUSE NI????

Monday, November 23, 2009

STRESS & KERJAYA

Assalamualaikum.....
Stress dan kerjaya, satu topik yg amat menggerunkan.....aku juga tidak terlepas daripada terlibat dengan tajuk Hot ni!!! Memang aku dalam keadaan stress sekarang. Agaknya terlalu banyak benda yg perlu dilakukan dan juga difikirkan. Maklumlah....aku bekerja sendiri, jadi semua benda perlu aku laluinya. Bukan hanya terhad pada masalah kewangan, malah perlu juga memikirkan perkara2 remeh seperti hal2 pejabat especially bab2 claim, hal2 kerenah manusia yg bernama PEKERJA, memang memeritkan. Sampaikan satu tahap aku terlalu memikirkan kerja hingga melupakan tanggungjawap aku sebagai seorang isteri dan ibu. Itulah aku...sehinggakan suamiku merungut dengan sikapku yg terlaku leka sehingga menyebabkan STRESS !!!!. Buntu aku memikirkannya....sampai hari ni, aku masih tercari2 apakah puncanya aku STRESS. Masuk hari ni aku dah 3 hari sakit kepala yang amat sangat, maybe aku terlalu stress sampaikan aku rasa terlalu berat kepala. Nak angkat kepala pun rasa seksa yg amat sangat. Aku perlu berubah sebelum ia MEMAKAN DIRI SENDIRI....aku tekad untuk mengubah segalanya.....

Tuesday, October 27, 2009

Birthday Rayyan

Genap 1 tahun my cutez baby boy Muhammad Rayyan. Dah berjalan dan dah ada 4 batang gigi. He still did'nt call me MAMA!!!!....wa...waaa...just call his ABAH. I'm so jelous now... Apa-apa pun ku harapkan buah hatiku ini akan membesar dengan penuh kasih sayang dari semua. Dari Mama, Abah, Kakak, MakTok, Tokwan, Atuk dan Tokwan kat kampung dan semua orang.

Muka dia....Mak Oiiii....sebabnya dia nakkan pisau kek tu, so nak mengamuk la....Akhirnya dapat jugak pisau tu. Memang berbaloiiii...

Friday, October 9, 2009

Bahagia Milikku...

Bahagia bila aku melihat situasi ini. Adakah benar seperti yg ku lihat dan tergambaq dalam gambaq ni????Atau hanya purak2 baik sang suami ini? Adakah benar segala tingkahnya yg begitu mengaharukan si isteri. Wah!!!!!bergumbira nampaknya anak2 dalam gambaq itu, adakah benar????confuseeee......TAPI YG PASTINYA AKU BAHAGIA....inilah dia ABAH MITHALI....boleh jadik ya harapanku padamu duhai suami.

My Kidz Belated Birthday - Rafiqah Najwa



Masa ni 27 Ogos yg lalu. Bulan Ramadan Al-Mubarak, so mama order aja birthday kek ni ja. Sangat teruja dengn kek UPIN&IPIN. Memang seronok bangat dia dapat kek tu....sampai tersimpul2 senyumnya masa bergambaq.

Tahun ni memang meriah la buat si kakak Rafiqah Najwa ni, syok dia dapat buat birthday kat rumah & sekolah. Walau macam2 perangai Rafiqah dah buat pada mama, tapi mama tetap tak kisah....yang penting anak mama happy selalu. Tapi satu ja lagi yg dok tuntut....Hadiah dr mama?


Ni belated birthday kat sekolah. Best sangat nampaknya. Masa balik ja seronok bercerita pengalaman time tiup lilin ngan potong kek kat sekolah. Nak juga dia buat.....untuk kawan2 katanya. Goodies pun rafiqah yg pilih sendiri. She request to make barbie cakes for her....so i order satu untuk birthday girl ni. Cupcakes pun ada jugak. She's very happy on this day....Rafiqah...congrate...4 years and MAMA LOVE YOU SO MUCH...

Lama tak menulis

Rasanya dah lama tak dak entry baru dariku....buzy sgt bulan ni lepas2 raya ni. Biasalah...sudah tiba masanya aku mula bekerja keras mencari duit. Bekerja sendiri bukan macam makan gaji kan? Semua kena fikir dan buat...Maksudnya "AKULAH BOSS DAN AKU JUGA LA KULINYA" it's like teribble tapi itulah kenyataannya. Kerana bila aku jadik KULI aku akan rasa macam mana dok bawah. Bulan ni memang menggerunkan dengan perbelanjaan bisnes dah melambung. Ya lah...kata orang time2 macam ni la nak cari peluang walau peluang tu sebenarnya tak mendatangkan untung. Memang terasa dalam keadaan ekonomi yg menjunam????(tp depa kt ekonomi dok naik?????blur...la). Tambahan servis memang terasa sangat sebab ramai yang mengurangkan menggunakan servis dah la ni. Aku berharap tak lama benda ni dan berdoa agar ekonomi kita tidak berlanjutan macam ni. MAU CR MKN SUSAH WEHH!!!!

Wednesday, October 7, 2009

Birthday - Rafiq+Rafiqah

Ni masa birthday Rafiq, yang sebelah tu Rafiqah yang sibuk nak sambut sama birthday, so kek kena beli 2 biji lah....Sayang!!!! nak makan kek tu, jadi tengok sajaaaa...

Friday, October 2, 2009

Ini Kehidupanku..

Inilah yang sering aku lalui.....sebagai anak, isteri, mama, kakak, adik, menantu, adik ipor, biras, mak sedara semua sekali aku perlu lalui....

Sunday, September 27, 2009

Bebyku Sayang - Muhammad Rayyan

Lepas raya 2008 yang lalu aku selamat melahirkan baby boy yang diberi nama Muhammad Rayyan pada tanggal 14 Oktober bersamaan 14 Syawal 1429M. Sempena Raya dan nama dia bermaksud "Pintu Syurga Bg Org2 Yg Berpuasa". Nama ni aku yang pilih dah lama dah, cuma tak sure yg baby kali ni boy sebab pi scan byk kali tak clear la, dr kata maybe girl. So aku tak kisah sangat la cuba hubby nampak suprise sikit sebab taget dia baby boy. So masa beraya tu sempat lagi la aku buat bihun soto kegemaran my hubby di kampung mentua pada hr raya pertama.
Sekarang Rayyan dah 11 bulan dan dah berjalan pada usia dia 9 bulan lagi, gigi dah tumbuh 2 btg dan yang paling best dah pandai sebut "babah". Heran la aku.......?????dua2 org anak aku ni perkataan pertama mesti ABAH????Terasa amat kecil hati aku ni bila jadik cemtu. Maklumlah....kita ni kan mama diaorg, tapi babahnye dapat nama. Macam lembu punye susu, sapi dapat nama....hu...hu...hu....rasa nak nangis la..... Apala nasib diriku....????
Gambaq terbaru Muhammad Rayyan

Ketagih la pulak!!!!

Ni ha aku dah masuk tahap KETAGIH DAH NI!!!! Bukan apa ketagih nak tulis kat blog aku yang baru dok belajaq2 buat ni. Hari ni ja masuk opis ja terus buka blog.....tapi aku tak la war2kan lagi kat sesapa, malu lagi, nanti dah siap semua aku akan bagitau la.....boleh tahan ya kalau dah ketagih GILER2 ni....satu keja apa tak jadik lagi hari ni. Lagipun mood raya ada lagi, rasa malas nak keja la....

Cuti Lagiiiiii!!!

Bercuti ke Cameron Highland masa Chinese New Year. Cukup payah nak pujuk daddy aku pi, macam2 la alasan kena bagi kat dia, tak mau ikut, so aku kelentong la kata dah bayaq dah duit bilik. Family kakak aku mai dr KL tungguh kat Tapah. Malam sebelum tu tido kat Lumut dulu. Pagi2 after c/out terus bertolak ke Tapah. Nyesal aku bercuti waktu puncak masa raya cina, jem giler kat atas sana. Ni yang daddy aku malas ni kata dia sebab pilih waktu ramai2 org. Iyolah....masa ni la baru boleh cuti. Aku keja sendiri plak, lagi payah nak cuti. Bilik pun mahai tahap giler....kat Century Pines tu dalam RM300++ semalam. Rugi giler....kalau bukan cuti umum tak dak la cemtu herganya. Bayangkan 3 bilik (3Hari2Mlm)??????
Ni kat pekan Brinchang, shopping waktu malam.
sejukkkkkk!!!!!berasap mulut....sebab hujan sama
Gambaq ni masa kat ladang teh, ramai2 dok rest kat sana pagi2 lagi.