Monday, November 30, 2009

MAJIKAN vs PEKERJA

Salam semua.....hari ni aku teringin sekali mengisahkan tentang peranan majikan dan pekerja. Aku juga menjadi pekerja dan sekarang majikan. MAJIKAN@BOSS....itu adalah realiti yang menghadkan hubungan dengan pekerja. Hari ni aku sampai di ofis tanpa ada kerani@staff yang sepatutnya datang bekerja. Aku sebenarnya memang terkilan sangat dengan sikap pekerja bangsa kita MELAYU, betul seperti kata sesetengah majikan yang menggajikan org asing sebagai pekerja kerana ORG KITA terlalu banyak kerenahnya. Pada mulanya aku tak perasan sangat dengan keadaan seperti ini, tapi realitinya terjadi sekarang. SIKAP bangsa kita yg memusnahkan diri, sanggup mengabaikan tanggungjawab dan kerja mereka. Kerajaan mewar2kan agar mengambil pekerja tempatan, tapi bagaimana pula kalau pekerja kita yang mempunyai sikap yang begitu membosankan seperti suka ponteng, datang lambat, buang masa, mengelat(curi2 tulang), menggunkan harta syarikat sewenangnya, makan duit syarikat dll lagi sikap ORG KITA.
Rasanya kalau aku bercerita dengan apa yg berlaku kepada aku sebagai MAJIKAN, rasanya memang tidak berbaloi kita menggaji org tempatan. HAMPEH!!!! aku rasa perkataan tu sesuai sebabnya pekerja tempatan kita memang langsung tak bertanggungjawab. Masuk ni dah 1 tahun aku buka ofis dan dah bertukar berpuluh2 pekerja yang begitu menghuru-harakan syarikat. CURI BRG, SONGLAP DUIT, CAKAP TELEFON DLL.
KISAH 1 - Bulan November08
Kerani pertama yg mula2 masuk kerja. Dari segi pakaian.....malas nak cakap la......seksi giler..... kerja mula2 ok, lepas tu mula bergayut sampai bil telefon mencecah ribuan ringgit. Kerja cantik tapi perangai buruk sangat sebab SUKA BERGAYUT DI TELEFON OFIS. Bayangkan sampai tengah malam boleh bergayut kiranya RM50+++ sekali dail. Sikap ni baik ka?. Masuk juga dengan pekerja am yang KAKI VIDEO LUCAH. Sanggup syer dengan MAMAK kedai sebelah, masuk opis waktu malam tgk internet cerita LUCAH2. Bil internet beratus RM....bila tanya cakap org curi line. Last2 dah terbongkar rahsia cpt2 nak berhenti konon alasan nak study....dan family nak pindah...HAMPEH!!!!....sampai hari ni aku masih terserempak dengan bapanya yg kata beria2 nak pindah tu. Sang kerani?????MALU BESAR AGAKNYA.
KISAH 2 - Bulan Jan09
Kerani ke-2 masuk kerja. Ni satu lagi, muka melawa bukan main la.....dek kerana nak melawa ja kerja dia, satu kerja pun dia tak tau buat...asyik belek cermin saja.....Ni pun kaki gayut juga....KAKI LEWAT MAI BALIK AWAI2. Inilah sikap ORG KITA....dah boring agaknya dok kena marah sebab BODO & DUNGU minta berhenti sebab dapat job lain konon, padahal kerja kat kedai h/set jerrrrr.....bukan nak hina, MAYBE ITU TAHAP BUDAK NI KOT....Aku pun biaqkan dan yang pastinya MALU LA NAK TERSEREMPAK NGAN AKU.....
KISAH 3 - Bulan Feb09
Kerani ke3 pun masuk kerja...nampak baik, bagus budaknya...muda lagi sebab tunggu result SPM. Dressing....boleh tahan juga...budak2 muda. Kerja pun boleh aku puji jugak la, sebab aku dah anggap macam adik aku ja sebab dah kenal baik, dan aku layan pun baik2 ja sebab fikir dia ni budak lagi. TAPI KAKI PEMBOHONG...pulak dah....macam2 dibohongkan aku nih. Rasa BODO juga aku dibohongkan oleh budak tu. Mula2 kerja aku puji la tapi lepas masuk bulan ke 2 ja....mula la perangai buruk timbul.
KES curi CPU....rasa nak tergelak pun ada, bukan apa nak bohong tak menjadik pulak....sendiri ambik lepas bagitau ada org pecah masuk curi.....bila aku GEMPAQ nak repot polis...esoknya ada balik CPU tu...tak ka heran sangat sebab masa aku panggil semua buat meeting tergempaq tu, hanya staff ja....tapi cemna pencuri tu dapat dengaq yg aku nak buat repot yek?????? CONFUSE NI????

Monday, November 23, 2009

STRESS & KERJAYA

Assalamualaikum.....
Stress dan kerjaya, satu topik yg amat menggerunkan.....aku juga tidak terlepas daripada terlibat dengan tajuk Hot ni!!! Memang aku dalam keadaan stress sekarang. Agaknya terlalu banyak benda yg perlu dilakukan dan juga difikirkan. Maklumlah....aku bekerja sendiri, jadi semua benda perlu aku laluinya. Bukan hanya terhad pada masalah kewangan, malah perlu juga memikirkan perkara2 remeh seperti hal2 pejabat especially bab2 claim, hal2 kerenah manusia yg bernama PEKERJA, memang memeritkan. Sampaikan satu tahap aku terlalu memikirkan kerja hingga melupakan tanggungjawap aku sebagai seorang isteri dan ibu. Itulah aku...sehinggakan suamiku merungut dengan sikapku yg terlaku leka sehingga menyebabkan STRESS !!!!. Buntu aku memikirkannya....sampai hari ni, aku masih tercari2 apakah puncanya aku STRESS. Masuk hari ni aku dah 3 hari sakit kepala yang amat sangat, maybe aku terlalu stress sampaikan aku rasa terlalu berat kepala. Nak angkat kepala pun rasa seksa yg amat sangat. Aku perlu berubah sebelum ia MEMAKAN DIRI SENDIRI....aku tekad untuk mengubah segalanya.....