Sunday, December 4, 2011

Akhir Tahun 2010

Salam....memang dah lama sangat tak masukkan new entry dlm blog ni.....Sibuk teramat agaknya. Sesekali menjenguk blog ni lain pulak rasanya. Diam tak diam dah sampai kepenghujung tahun 2010...terasa amat pantas masa berlalu. Pelbagai perkara berlaku sepanjang tahun ni....Kalau ikut, tak larat nak ceritakan semuanya, yang pasti akan dikenang selamanya.

Untuk tahun 2010, aku menganggap sebagai satu cabaran, dugaan dan juga tahun aku DIUJI. Aku amat bersyukur dengan segala Ujian dan juga cabaran yang diberikanNYA.....Sedih, tawa, sayu, air mata semuanya ku anggap sebagai corak kehidupan yang ku lalui. 

Sunday, July 18, 2010

Happy Father Days

Gambar Kek yg ditempah....terkujat ayah sebab dia kata awat birthday dia banyak kali tahun ni???
Tu dia....si kecik Rayyan sibuk membantu Tok Wan dia potong kek...cayalah
Sibuk sangat dia, sampai tak sabaq2

Kali ni sambutan Hari Bapa kiranya Suprise la...hikkk...hikk. Bukan apa, aku order kek ni pun tergesa2, nasib baik la Kak Syima begitu prihatin ngan costomer dia ni....dapat jugak la. Yang suprisenya....kek ni aku suruh dia hantaq sebab aku tak dak kat rumah, still otw dr rumah mentua....yg syoknya...TERKUJAT ayah aku terima kek tu...heran dia sebab ada kek orang hantar. Sampai ja kat rumah, soalan pertama dia tanya aku " Ni kek apa pulak???Awat sambut birthday dia banyak kali tahun ni????"....hikkk...hikkk....lawak sungguh ayah aku ni.

Aku pun bagitau la, kek ni nak sambut Happy Father's Days.....OOOOOO.....Patutla. So apa lagi kami pun sambut sama la ramai2 bersama suamiku....SELAMAT HARI BAPA buat Ayah & Suami kesayanganku....Semoga hidup kalian diberkati...

Lamanya tinggal

Salam semua, dah lama rasanya tak ada new entry kat blog ni....macam2 hal, perkara yang telah berlaku. Pelbagai pengalaman baru juga dapat ditimba. Memang lama sangat sebab last entry pun bulan Jun yang lalu.

Kali ni, Julai datang pulak....ha apa lagi macam2 hal la.....Kali ni banyak la nak kena cerita kan. Tak pa kita buat pelan2 lagipun tak kalut mana pun.
Kali ini makan di Kenny Roger.....Memang jadik kesukaaan budak2 ni makan menda ni. Suka sangat la kalau bawa depa dua beradik pi makan kat sana. Mak Tok pun join sama la kalau dak mana la nak dan kepong depa dua orang ni. Kakak suka sangat Macaroni Cheese, sampai sepinggan dia dapat habiskan. Rayyan pun sama jugak sejak diperkenalkan kakak makan Macaroni ni....Puas berebut jugak nak makan menda ni. Mak tok order cam biasa dan aku just makan set roti jer.....hoo...hooo nak dietttttt....
Seronok sangat Rafiqah bila mai makan kat KRR ni....memang memilih sungguh dia sorang ni. Makan yg biasa2 jangan mimpilah...semua yg berjenama...Ishhhh....anak sapa ni?????

Tuesday, June 22, 2010

Long Journey from Alor Setar to Raub & Raub to Alor Setar

LONG JOURNEY...with family. Memang teruja sangat bila En. Hubby bagitau nak pi Raub. Ingatkan dia nak pi dengan kawan2 opis dia, rupanya ada agenda lain..
Kami bertolak dari Alor Setar dalam pukul 11.30 macam tu...En Hubby ikut kata FIL aku yang baik mulakan perjalanan dalam 11.00pg... (Memang kena ikut la kali ni, sebab kata orang2 tua ni kena ambik pakai juga walau kita ni org muda...ada pengalaman ni). Best perjalanan kali ni rasanya....seronok sangat sebab kami dapat berjalan 1 keluarga. Kali ni my mom tak ikut so kami anak-beranak ja...Ni first time En. Hubby nak pi Raub, tah jalan mana la nak pi ni. Tapi sebelum tu my father advise go to Batang Kali...dekat sikit katanya. Tak pa...yang pastinya teruja nak pi Raub yang penting. Memang ikut Batang Kali dekat sikit dan lalu di GENTING!!!....Alamak...geramnyaaa....aku memang tak pernah sampai lagi GENTING

Lepak2 di Rest House, Raub sambil tunggu abah meet his friends
Cantik sangat REST HOUSE ni...memang berbaloi la
Suka sungguh dua beradik ni main2.
Kami sampai di Raub dah Maghrib dah, pusing2 dok cari hotel nak check in. Tapi memang best la sebab Raub ni pekan kecik yg comel dan yang penting tak sesak. Pusing2 kami try tanya di RAUB REST HOUSE. Memang ada bilik walau gamble ja. Tapi En Hubby kata nak round cr kat lain dulu. Paus cari tak dak juga, so patah balik la ke RAUB REST HOUSE tu. Nasib baik la...still ada juga. Lepas check In ja...dah penuh. Memang bertuah betul kami sekeluarga.

Lepas masuk bilik, kami mandi-manda dan siap2 nak pi makan la. Yang bestnya, tempat nak mkn memang dekat ja dengan hotel. Jalan kaki saja la....ROKIAH SATE...macam2 sate dia jual. Kami order SATE AYAM DGN SATE ARNAB. Memang sedapla....sate arnab memang sedap, manis dagingnya, cuma liat sikit berbanding ayam.  Lepas makan kami balik bilik dan tidooooo....zzzzzzzzz...zzzzzz.....ZZZZZZZZZZZ
Pekan Raub di waktu pagi


Bergayanya Diaaaa....


Inilah gaya2 macho si kecik Rayyan dengan topi, spek mata dan topi keledar. Wahhh..bukan main dia, memang payah sangat nak tangkap gambar dia macam ni. Kali ni dah dapat tengok dia bergaya dengan topi.

Happy Mother Days 2010


Sambutan Mother's Days tahun ni memang meriah...best sangat. Ni flower yg dihadiahkan kat my mom serta sebiji kek teddy bear yg ditempah khas kat dia. Rasa syok ja tgk my mom happy sangat sampai sayang dia nak makan kek tu. I LOVE YOU MOM!!!

Monday, May 3, 2010

10 April 2010 - Training Vemma

Hari ini bermula episod aku untuk menceburi dunia bisnes secara online. Rasa sangat teruja dengan apa yang akan aku lalui. Pagi2 lagi dah bersiap untuk pergi ke Training Vemma Sampai Lebam di R-Village Jalan Stadium. Ishhhh...mula2 rasa ralat juga, bukan apa betoi ka apa yg aku nak buat ni???? Persoalan bermain2 di benak dan kepala.

Bayangkan apa yang sebenarnya aku inginkan dr semua ni??? Adakah kerana $$$$ atau hanya pengalaman yang aku ingin dapatkan pengalaman??? Pelik kan??? Aku ada bisnes sendiri yang aku sendiri built up dan run, tapi pada hakikatnya apa yang aku inginkan? Adakah kemewahan atau sekadar mencari pendapatan bg langsaikan hutang. BINGUNGGGG!!!!!

Apa2 pun aku start kereta dan pi sana dan moga2 aku dapat apa yg aku impikan...Alhamdulillah....sejak mendengar ceramah dr Leader2 Vemma tu rasa semangat sangat2 dah nak mulakan biz ni.