Sunday, July 18, 2010

Lamanya tinggal

Salam semua, dah lama rasanya tak ada new entry kat blog ni....macam2 hal, perkara yang telah berlaku. Pelbagai pengalaman baru juga dapat ditimba. Memang lama sangat sebab last entry pun bulan Jun yang lalu.

Kali ni, Julai datang pulak....ha apa lagi macam2 hal la.....Kali ni banyak la nak kena cerita kan. Tak pa kita buat pelan2 lagipun tak kalut mana pun.
Kali ini makan di Kenny Roger.....Memang jadik kesukaaan budak2 ni makan menda ni. Suka sangat la kalau bawa depa dua beradik pi makan kat sana. Mak Tok pun join sama la kalau dak mana la nak dan kepong depa dua orang ni. Kakak suka sangat Macaroni Cheese, sampai sepinggan dia dapat habiskan. Rayyan pun sama jugak sejak diperkenalkan kakak makan Macaroni ni....Puas berebut jugak nak makan menda ni. Mak tok order cam biasa dan aku just makan set roti jer.....hoo...hooo nak dietttttt....
Seronok sangat Rafiqah bila mai makan kat KRR ni....memang memilih sungguh dia sorang ni. Makan yg biasa2 jangan mimpilah...semua yg berjenama...Ishhhh....anak sapa ni?????

No comments:

Post a Comment