Thursday, March 25, 2010

Main Ayaq Acaq - Rayyan

Haaaa....haaaa...inilah aksi si kecik Rayyan kali ni. Nak tau apa dia dok tengah buat tu????? Tengok la gambaq2 ni......begitu teruja..
Dia main ayaq acaq.......waaa....waaa...waaaa anak aku....mula2 geram jugak la tengok aksinya dok main air kotoq tu, tapi lepas tu terus ambik kamera dan snap gelagat dia. Asyik sungguh dia main sampai tak perasan yang kita dok tangkap gambaq dia.... Rayyan ni memang aktif sesangat apatah lagi kalau balik kampung abah dia... Ya Allah....sampai keliling rumah dia pusing. Maklumlah kat rumah sini dok kat taman perumahan yg sempit dan tak dak kawasan bermain. Tapi bila dah balik kampung ini la jadiknya....

Voguenyeeee....Rafiqah


Salam.....lama juga tak buat new entry for my blog, but today i'll try to do something special about my daughther....sengaja mereka masukkan gambaqnya dlm majalah Vogue......memang kelasssss.....agaknya semua pasti akan teruja bila dapat masuk dalam majalah speacial muka depan pulak. Tentu best.....

Friday, March 19, 2010

Demam, Batuk, Selsema

Minggu ni saja dah habis serumah berjangkit demam, batuk dgn selsema. Awat la....dok jadik macam ni, habis semua satu rumah berjangkit. Terutamanya my daddy....ntahlah sejak dua menjak dia tak berapa sihat, batuk memanjang. Rasanya dah ambik ubat 2  kali dah, still tak lega. Pagi tu ada dia mengadu sakit dada...pulak dah....panik gak ni....tp pagi2 lg dah bawa p bhgn kecemasan HSB buat ecg then x-ray....he still ok but got a little bit problem on his heart. So sekarang dirujuk ke bhgn dada Hospital lama.

Thursday, March 11, 2010

Subang Baru Rafiqah Najwa

Ni Subang baru rafiqah

Minggu lepas kakak beria2 sangat nak tindik telinga dia, kata nak pakai subang la dan macam2 perangai dia yg dibuat semata2 nak kan subang baru. So aku bawa la dia pi tindik telinga, tapi cayalah....dia langsung tak teriak walau sikit pun. Punya nak pakai subang dia sanggup tahan sakit, lagipun bukan sakit sangat sebab depa bubuh ubat kebas. Kesian pun ada jugak, tapi dah dia yg nak...ikut aja laaaaa....Lepas balik tindik telinga terus ajak makan Pizza Hut ngan Mak Tok dia, seronok la tu....impian tercapai. Dia ada bagitau nak cerita kat Tok Kampung masa balik kampung nanti. Still suka menunujuk2 dia ni....

Selepas tindik telinga, suka ja muka dia....

Tuesday, March 9, 2010

Lama tak menulis

Salam......lama juga rasanya tinggaikan blog ni, bkn tak mau menulis tapi keadaan tak mengizinkan. Minggu ni penuh dengan pelbagai cabaran. Cabaran kerjaya, anak2, rumahtangga dan sebagainya membuatkan aku tak keruan sangat. Minggu ni saja si kecik Rayyan memang buat hal, bukan apa dia dapat selsema dan memang susah nak tido malam asyik teriak sepanjang malam sebab tak selesa. Masuk ni dah 2 malam aku tido dah nak cerah, mlm kelmarin sampai 5.30 pagi dia masih berjaga. Alamak......memang tido tak cukup la aku kali ni. Lain hal pulak ngan Rafiqah sebab dia sibuk2 nak tebuk subang di telinga, akhirnya kesampaian juga nak pakai subang. Aku ajak pi tebuk lubang telinga kat City Plaza, kesian pun ada takut dia sakit, tapi steady aja dia tu, langsung tak teriak la....bravo...bravo, macm tu la anak mama.

Si abah lain pulak peelnya, minggu ni beli seluar tracksuit, kunun nak berjoging, ok...kita akan tengok apa akan jadik dengan seluar joging tu. Terkadang memang nak tergelak pun ada dgn perangai abah ni, semanagt bukan main nak turunkan berat badan, macam aku juga masalahnya berat kami dua org selalu naik aja.

Kerja pun ada masalah gak, terkadang rasa nak marah pun ada dengan tingkah laku staf yg ada ni. Bukan apa, nak kata baru kerja rasanya dah lama, tapi masih tak tau nak buat dan jalankan tanggungjawab sendiri. Kisah mai lambat, tak susun fail dan macam2 lagi memang membuatkan aku tension sangat. So.....aku pun memang rasa geram tak terkata. 

Minggu ni jugak aku kembali menghadiri pakej lansing yg aku dah ambik dulu, takut membazir la, tu yg nak buat balik tu. Harap2 kali ni aku betoi2 tekad untuk mengurangkan berat badan aku yg dah semakin naik. Heran????? ada kata aku semakin kurus....pelik sangat rasa macam dah mencanak2 berat naik la ni. Berkisah pasai berat badan ni, memang aku rasa geram dan tak tau nak buat macam mana untu turunkan berat badan. Dah macam2 benda dah cuba tapi tak berkesan pun. Nak kata aku suka makan dak jugak, tapi berat naik jugak. Tak pa....tak pa...aku akan kuatkan semangat untuk turunkan berat badan dalam masa 6 bulan.....harap2 aku mampu bertahan dengan nafsu nak makan aja....

Wednesday, March 3, 2010

Musuh Ketat Seantero


Ni nak kisahkan dua org budak yg memang pantang kalau berjumpa, mesti nak GADUH2 punya. Kalau setakat sikit2 ok la, ni dak siap bertampaq dan ada kesan gigitan di belakang badan sebab kena gigit. Anak aku paling ganas sekali sebab dia la yang selalu buli Rafiq tu, malah dia langsung tak dak perasaan belas kesian kat Rafiq. Si Rafiq pulak langsung tak balas apa yg Rafiqah buat kat dia. Last2 wa...wa....wa.....teriak la apa lagi. Kekadang memang kesian, tapi kekadang geram jugak sebab dia tak balas kalau dibuli.
Tapi kalau baik tu.....tak berenggang langsung, siap happy2 lagi. Masa mood baik memang ngam dua orang ni.