Tuesday, March 9, 2010

Lama tak menulis

Salam......lama juga rasanya tinggaikan blog ni, bkn tak mau menulis tapi keadaan tak mengizinkan. Minggu ni penuh dengan pelbagai cabaran. Cabaran kerjaya, anak2, rumahtangga dan sebagainya membuatkan aku tak keruan sangat. Minggu ni saja si kecik Rayyan memang buat hal, bukan apa dia dapat selsema dan memang susah nak tido malam asyik teriak sepanjang malam sebab tak selesa. Masuk ni dah 2 malam aku tido dah nak cerah, mlm kelmarin sampai 5.30 pagi dia masih berjaga. Alamak......memang tido tak cukup la aku kali ni. Lain hal pulak ngan Rafiqah sebab dia sibuk2 nak tebuk subang di telinga, akhirnya kesampaian juga nak pakai subang. Aku ajak pi tebuk lubang telinga kat City Plaza, kesian pun ada takut dia sakit, tapi steady aja dia tu, langsung tak teriak la....bravo...bravo, macm tu la anak mama.

Si abah lain pulak peelnya, minggu ni beli seluar tracksuit, kunun nak berjoging, ok...kita akan tengok apa akan jadik dengan seluar joging tu. Terkadang memang nak tergelak pun ada dgn perangai abah ni, semanagt bukan main nak turunkan berat badan, macam aku juga masalahnya berat kami dua org selalu naik aja.

Kerja pun ada masalah gak, terkadang rasa nak marah pun ada dengan tingkah laku staf yg ada ni. Bukan apa, nak kata baru kerja rasanya dah lama, tapi masih tak tau nak buat dan jalankan tanggungjawab sendiri. Kisah mai lambat, tak susun fail dan macam2 lagi memang membuatkan aku tension sangat. So.....aku pun memang rasa geram tak terkata. 

Minggu ni jugak aku kembali menghadiri pakej lansing yg aku dah ambik dulu, takut membazir la, tu yg nak buat balik tu. Harap2 kali ni aku betoi2 tekad untuk mengurangkan berat badan aku yg dah semakin naik. Heran????? ada kata aku semakin kurus....pelik sangat rasa macam dah mencanak2 berat naik la ni. Berkisah pasai berat badan ni, memang aku rasa geram dan tak tau nak buat macam mana untu turunkan berat badan. Dah macam2 benda dah cuba tapi tak berkesan pun. Nak kata aku suka makan dak jugak, tapi berat naik jugak. Tak pa....tak pa...aku akan kuatkan semangat untuk turunkan berat badan dalam masa 6 bulan.....harap2 aku mampu bertahan dengan nafsu nak makan aja....

No comments:

Post a Comment