Tuesday, June 22, 2010

Long Journey from Alor Setar to Raub & Raub to Alor Setar

LONG JOURNEY...with family. Memang teruja sangat bila En. Hubby bagitau nak pi Raub. Ingatkan dia nak pi dengan kawan2 opis dia, rupanya ada agenda lain..
Kami bertolak dari Alor Setar dalam pukul 11.30 macam tu...En Hubby ikut kata FIL aku yang baik mulakan perjalanan dalam 11.00pg... (Memang kena ikut la kali ni, sebab kata orang2 tua ni kena ambik pakai juga walau kita ni org muda...ada pengalaman ni). Best perjalanan kali ni rasanya....seronok sangat sebab kami dapat berjalan 1 keluarga. Kali ni my mom tak ikut so kami anak-beranak ja...Ni first time En. Hubby nak pi Raub, tah jalan mana la nak pi ni. Tapi sebelum tu my father advise go to Batang Kali...dekat sikit katanya. Tak pa...yang pastinya teruja nak pi Raub yang penting. Memang ikut Batang Kali dekat sikit dan lalu di GENTING!!!....Alamak...geramnyaaa....aku memang tak pernah sampai lagi GENTING

Lepak2 di Rest House, Raub sambil tunggu abah meet his friends
Cantik sangat REST HOUSE ni...memang berbaloi la
Suka sungguh dua beradik ni main2.
Kami sampai di Raub dah Maghrib dah, pusing2 dok cari hotel nak check in. Tapi memang best la sebab Raub ni pekan kecik yg comel dan yang penting tak sesak. Pusing2 kami try tanya di RAUB REST HOUSE. Memang ada bilik walau gamble ja. Tapi En Hubby kata nak round cr kat lain dulu. Paus cari tak dak juga, so patah balik la ke RAUB REST HOUSE tu. Nasib baik la...still ada juga. Lepas check In ja...dah penuh. Memang bertuah betul kami sekeluarga.

Lepas masuk bilik, kami mandi-manda dan siap2 nak pi makan la. Yang bestnya, tempat nak mkn memang dekat ja dengan hotel. Jalan kaki saja la....ROKIAH SATE...macam2 sate dia jual. Kami order SATE AYAM DGN SATE ARNAB. Memang sedapla....sate arnab memang sedap, manis dagingnya, cuma liat sikit berbanding ayam.  Lepas makan kami balik bilik dan tidooooo....zzzzzzzzz...zzzzzz.....ZZZZZZZZZZZ
Pekan Raub di waktu pagi


Bergayanya Diaaaa....


Inilah gaya2 macho si kecik Rayyan dengan topi, spek mata dan topi keledar. Wahhh..bukan main dia, memang payah sangat nak tangkap gambar dia macam ni. Kali ni dah dapat tengok dia bergaya dengan topi.

Happy Mother Days 2010


Sambutan Mother's Days tahun ni memang meriah...best sangat. Ni flower yg dihadiahkan kat my mom serta sebiji kek teddy bear yg ditempah khas kat dia. Rasa syok ja tgk my mom happy sangat sampai sayang dia nak makan kek tu. I LOVE YOU MOM!!!

Monday, May 3, 2010

10 April 2010 - Training Vemma

Hari ini bermula episod aku untuk menceburi dunia bisnes secara online. Rasa sangat teruja dengan apa yang akan aku lalui. Pagi2 lagi dah bersiap untuk pergi ke Training Vemma Sampai Lebam di R-Village Jalan Stadium. Ishhhh...mula2 rasa ralat juga, bukan apa betoi ka apa yg aku nak buat ni???? Persoalan bermain2 di benak dan kepala.

Bayangkan apa yang sebenarnya aku inginkan dr semua ni??? Adakah kerana $$$$ atau hanya pengalaman yang aku ingin dapatkan pengalaman??? Pelik kan??? Aku ada bisnes sendiri yang aku sendiri built up dan run, tapi pada hakikatnya apa yang aku inginkan? Adakah kemewahan atau sekadar mencari pendapatan bg langsaikan hutang. BINGUNGGGG!!!!!

Apa2 pun aku start kereta dan pi sana dan moga2 aku dapat apa yg aku impikan...Alhamdulillah....sejak mendengar ceramah dr Leader2 Vemma tu rasa semangat sangat2 dah nak mulakan biz ni.

Salam.....Mei2010

Sat sungguh masa berlalu la ni....bayangkan dah masuk bulan Mei dah..rasa macam baru ja sambut tahun baru, dah nak masuk dekat 1/2 tahun dah...

Macam2 benda yang jadi, yg dapati dan yg dilalui sekarang. Alangkah indahnya andai kata masa boleh diputar semula, pastinya aku tidak akan mensia2kan masa yg ada. Pelbagai cara kita menghadapi kehidupan saharian, andai indah hari itu akan kita kenang selamanya sebagai kenangan terindah. Namun andai kata kita alami pengalaman buruk maka hari itu juga akan menambahkan kebencian kita. Begitulah manusia yg mana tidak pernah lepas dari apa2 jua yg berlaku.

Monday, April 5, 2010

Lama????

Salam....rasanya dah lama tak dak entry baru dalam blog ni. Bukan apa cuma terlalu sibuk menguruskan masa yang ada. Mana yang dan didahulukan...mana yg tak dan tangguh dulu sat. Bukan tak mau menulis cuma kekadang masa yang tak izinkan. Walau banyak sebenarnya yg nak diceritakan namun apa daya andai masa memang suntuk untuk aku buat ni.

Thursday, March 25, 2010

Main Ayaq Acaq - Rayyan

Haaaa....haaaa...inilah aksi si kecik Rayyan kali ni. Nak tau apa dia dok tengah buat tu????? Tengok la gambaq2 ni......begitu teruja..
Dia main ayaq acaq.......waaa....waaa...waaaa anak aku....mula2 geram jugak la tengok aksinya dok main air kotoq tu, tapi lepas tu terus ambik kamera dan snap gelagat dia. Asyik sungguh dia main sampai tak perasan yang kita dok tangkap gambaq dia.... Rayyan ni memang aktif sesangat apatah lagi kalau balik kampung abah dia... Ya Allah....sampai keliling rumah dia pusing. Maklumlah kat rumah sini dok kat taman perumahan yg sempit dan tak dak kawasan bermain. Tapi bila dah balik kampung ini la jadiknya....