Monday, May 3, 2010

10 April 2010 - Training Vemma

Hari ini bermula episod aku untuk menceburi dunia bisnes secara online. Rasa sangat teruja dengan apa yang akan aku lalui. Pagi2 lagi dah bersiap untuk pergi ke Training Vemma Sampai Lebam di R-Village Jalan Stadium. Ishhhh...mula2 rasa ralat juga, bukan apa betoi ka apa yg aku nak buat ni???? Persoalan bermain2 di benak dan kepala.

Bayangkan apa yang sebenarnya aku inginkan dr semua ni??? Adakah kerana $$$$ atau hanya pengalaman yang aku ingin dapatkan pengalaman??? Pelik kan??? Aku ada bisnes sendiri yang aku sendiri built up dan run, tapi pada hakikatnya apa yang aku inginkan? Adakah kemewahan atau sekadar mencari pendapatan bg langsaikan hutang. BINGUNGGGG!!!!!

Apa2 pun aku start kereta dan pi sana dan moga2 aku dapat apa yg aku impikan...Alhamdulillah....sejak mendengar ceramah dr Leader2 Vemma tu rasa semangat sangat2 dah nak mulakan biz ni.

Salam.....Mei2010

Sat sungguh masa berlalu la ni....bayangkan dah masuk bulan Mei dah..rasa macam baru ja sambut tahun baru, dah nak masuk dekat 1/2 tahun dah...

Macam2 benda yang jadi, yg dapati dan yg dilalui sekarang. Alangkah indahnya andai kata masa boleh diputar semula, pastinya aku tidak akan mensia2kan masa yg ada. Pelbagai cara kita menghadapi kehidupan saharian, andai indah hari itu akan kita kenang selamanya sebagai kenangan terindah. Namun andai kata kita alami pengalaman buruk maka hari itu juga akan menambahkan kebencian kita. Begitulah manusia yg mana tidak pernah lepas dari apa2 jua yg berlaku.

Monday, April 5, 2010

Lama????

Salam....rasanya dah lama tak dak entry baru dalam blog ni. Bukan apa cuma terlalu sibuk menguruskan masa yang ada. Mana yang dan didahulukan...mana yg tak dan tangguh dulu sat. Bukan tak mau menulis cuma kekadang masa yang tak izinkan. Walau banyak sebenarnya yg nak diceritakan namun apa daya andai masa memang suntuk untuk aku buat ni.

Thursday, March 25, 2010

Main Ayaq Acaq - Rayyan

Haaaa....haaaa...inilah aksi si kecik Rayyan kali ni. Nak tau apa dia dok tengah buat tu????? Tengok la gambaq2 ni......begitu teruja..
Dia main ayaq acaq.......waaa....waaa...waaaa anak aku....mula2 geram jugak la tengok aksinya dok main air kotoq tu, tapi lepas tu terus ambik kamera dan snap gelagat dia. Asyik sungguh dia main sampai tak perasan yang kita dok tangkap gambaq dia.... Rayyan ni memang aktif sesangat apatah lagi kalau balik kampung abah dia... Ya Allah....sampai keliling rumah dia pusing. Maklumlah kat rumah sini dok kat taman perumahan yg sempit dan tak dak kawasan bermain. Tapi bila dah balik kampung ini la jadiknya....

Voguenyeeee....Rafiqah


Salam.....lama juga tak buat new entry for my blog, but today i'll try to do something special about my daughther....sengaja mereka masukkan gambaqnya dlm majalah Vogue......memang kelasssss.....agaknya semua pasti akan teruja bila dapat masuk dalam majalah speacial muka depan pulak. Tentu best.....

Friday, March 19, 2010

Demam, Batuk, Selsema

Minggu ni saja dah habis serumah berjangkit demam, batuk dgn selsema. Awat la....dok jadik macam ni, habis semua satu rumah berjangkit. Terutamanya my daddy....ntahlah sejak dua menjak dia tak berapa sihat, batuk memanjang. Rasanya dah ambik ubat 2  kali dah, still tak lega. Pagi tu ada dia mengadu sakit dada...pulak dah....panik gak ni....tp pagi2 lg dah bawa p bhgn kecemasan HSB buat ecg then x-ray....he still ok but got a little bit problem on his heart. So sekarang dirujuk ke bhgn dada Hospital lama.

Thursday, March 11, 2010

Subang Baru Rafiqah Najwa

Ni Subang baru rafiqah

Minggu lepas kakak beria2 sangat nak tindik telinga dia, kata nak pakai subang la dan macam2 perangai dia yg dibuat semata2 nak kan subang baru. So aku bawa la dia pi tindik telinga, tapi cayalah....dia langsung tak teriak walau sikit pun. Punya nak pakai subang dia sanggup tahan sakit, lagipun bukan sakit sangat sebab depa bubuh ubat kebas. Kesian pun ada jugak, tapi dah dia yg nak...ikut aja laaaaa....Lepas balik tindik telinga terus ajak makan Pizza Hut ngan Mak Tok dia, seronok la tu....impian tercapai. Dia ada bagitau nak cerita kat Tok Kampung masa balik kampung nanti. Still suka menunujuk2 dia ni....

Selepas tindik telinga, suka ja muka dia....