Thursday, February 18, 2010

Inginku Sandarkan Harapan

Inginku sandarkan harapan
Bahagia hidup bersama
Tapi ku sangsi cinta di hatimu
Adakah sekuat cintaku

Inginku sandarkan harapan
Dan hidup saling menyayangi
Tapi ku bimbang hasrat ku tak sampai
Jika segalanya berubah
Hidup tak selalunya indah

Adakala suka dan duka
Cinta tak selalu bahagia
Adakala sedih dan rindu


Biar apapun terjadi
Relaku menghadapi
Kerana ku kekasihmu

Inginku sandarkan harapan
Bahagia hidup bersama
Tapi ku sangsi cinta di hatimu
Adakah sekuat cintaku

HANTARAN BERTUNANG

Gugusan Anggur

Bekas Cincin
Baju Persalinan
Bekas kek (Kek tak siap lg)
Bekas Kuih Bahulu
Gula-gula jeli
Bakul buah-buahan

Dalam sibuk2 pun aku sempat lagi buat hantaran untuk bertunang kat staff aku (abang dia nak tunang). So aku pun kelam-kabut siapkan hantaran ni sebelum bertolak ke Kelantan untuk bercuti. Nasib baik kalut2 pun menjadi jugak, risau jugak sebenaqnya takut2 tak lawa. Tapi inilah hasilnya.....ALHAMDULILLAH....lega rasanya, masa untuk bercuti pulak.....apa2 pun GONG XI FA CAI buat semua dan selamat bercuti. Temanya merah, so apa lagi gong xi gong xi la....bye jumpa lagi lepas cuti nanti.

Wednesday, February 17, 2010

Gambar-Gambar Percutian

Mak & Ayah bersama cucu2nyaMelepak bersama keluarga

CUTI-CUTI MALAYSIA - KELANTAN & TERENGGANU

Dah lama aku tak update blog ni, semua kerana buzy sgt sebelum chinese new year hari tu, hari ni baru ada masa sikit nak upload benda-benda baru dalam blog aku ni. Cuti kali ini kami sekeluarga bercuti ke Kelantan & Terengganu, 2 malam di Kelantan dan 1 malam di Terengganu..... macam2 hal dan perkara berlaku semasa nak pergi, dah pergi dan nak balik. Masa nak bertolak dr rumah dah macam2 hal, anak2 la, hubby la.....macam2 benda.....
Hari Pertama:-
Kami bertolak jam 8.30pg....(Hubby kata sepatutnya 9.01 pg sbb dia dah tanya ayah mentua aku pasai bab2 memulakan perjalanan ni) but my daddy said "quickly"...so kami bertolak awai 1/2jam. Sepanjang perjalanan ok ja sehingga sampai kat rumah Liza (room mate) ms di UUM dulu. Dia kawin hari tu so dah lalu kami singgah makan kenduri, yg pastinya setelah 8 tahun tak berjumpa, kali ni bersua muka.....kah...kah.....dia tak cam aku......adakah byk perubahan???? Rasanya memang banyak sangat. Habis makan kenduri di Tanah Merah, Kelantan kami teruskan perjalanan ke Kota Bharu pulak, sampai pun dalam 4 lebih sbb jem. Kat Kelantan aku sewa homestay.....TAPI......memang tak berbaloi dgn apa yg dapat....rumah tu MASYAALLAH....macam rumah tinggal, kat luaq ja semak bukan main, pintu pagar pun susah nak bukak, buka kunci ja........bau semacam ja, memang hapak giler.

Rasa nak mengamuk pun ada tapi nak buat macam mana, dah la nak masuk pun jln tah apa2....terima ja la. Fasiliti memang fail, semua FAIL.....MEMANG TENSION. Sampai pun dah petang, so kami just rehat2 ja sambil tunggu kak aku dr KL. Yang bestnya depa ni dari tengah hari sampai ke malam br sampai di Kelantan. Mlm tu aku ngan hubby ja keluar pi cari makan malam ngan cr brg2 dapur utk sarapan esk pagi. Kami pesan nasi goreng daging merah, yg dpt nasi goreng kaler pink sbb dia campuq dgn daging merah tu....kah..kah...kah sampai anak2 aku tak mau makan sbb kaler dia.

Second Day:-
Pagi2 kami semua bersiap2 nak pi jln2, nak singgah kat Pasar Siti Khatijah yg famous tu. Sampai sana dlm 10pg, Mak Oii.....jem giler.  Yg lawaknya aku punya Phone GPS siap bg intruction yg salah, mereng agaknya phone aku ni, lepas shopping2 mami aku siap beli sampin 3 helai, baju sutera. Rasa penat sangat sebab cuaca pun panas sangat. Jem toksah dok cerita la, sampai nak jln pun susah sangat. Habis ja shoping kat situ kami singgah pulak melawat muzium yg dekat dengan tempat tu gak. Habis ja melawat apa lagi kami pun bertolak ke PCB yg cun dan lawa tu untuk makan2. Memang kunjungan sblm ni aku pernah singgah dan makan. Kat sini yg specialnya tentulah makanan laut cicah sos, macam2 pilihan seperti ketam, udang, sotong dan makanan laut lain yg diproses mcm fishball tu. Yang lain pesan nasi la, aku ngan my hubby ja makan benda ni. Habis ja jln2 kami pun balik rileks kat rumah.

Malam lepas ja maghrib siap2 plak nak pi Wakaf Che Yeh tu, leceh la jem lagi, asyik2 jem ja jln nak pi sana

Friday, January 29, 2010

MCD LAGI...!!!

Satu family suka sangat makan MCD ni....dr yg beso sampai si kecik pun minat sangat nak makan MCD ni. Si Abah favouritenya tentulah
Prosperity burger

Mama pulak sukakan  Cheese Burger yang sedap......waaalahhh....memang menjadi kegemaran mama dalam bab makan di MCD ni. Kakak pulak sukakan set Happy Meal yg ada Nugget, Fries dan utama sekali mainanlah. 
Si Kecik Rayyan memang suka sangat makan fries ni, kiri kanan  penuh dia pegang

Gambar abah yang kekenyangan selepas makan

MY CAR METER

Satu malam tu, bila sampai ja kat rumah, my hubby ada tegur....cuba tgk, katanya....Wah! Cantiknya nombor meter ni, bukan senang nak dapat tgk sebab selalunya nombor2 meter ni hanya dilihat dekat2 nak pi servis kereta, tapi malam tu aku sempat tgk meter kereta tu dah jadik 12345....cantik tu....rasa teruja sangat sebab sebelum ni memang jarang la nak dapat tengok. So aku abadikan dalam gambaq ni sebagai kenangan.

Thursday, January 28, 2010

WEDDING PHOTOBOOK 2010

Ni la masanya aku bukukan kenangan terindah antara kami berdua semasa hari perkahwinan. Buku ni aku buat khas setelah 5 tahun usia perkahwinan kami. Alangkah indahnya bila dah siap, memang cantik dan aku amat berpuas hati dengan kualiti dan rekabentuknya. Tak jemu mata memandang. Rasa seronok sangat masa sampai kat tangan hari tu, bila dah bawa balik dan tunjuk pada cik abangku....dia suka sangat, tak jemu tengok katanya.