Sunday, September 27, 2009

Bebyku Sayang - Muhammad Rayyan

Lepas raya 2008 yang lalu aku selamat melahirkan baby boy yang diberi nama Muhammad Rayyan pada tanggal 14 Oktober bersamaan 14 Syawal 1429M. Sempena Raya dan nama dia bermaksud "Pintu Syurga Bg Org2 Yg Berpuasa". Nama ni aku yang pilih dah lama dah, cuma tak sure yg baby kali ni boy sebab pi scan byk kali tak clear la, dr kata maybe girl. So aku tak kisah sangat la cuba hubby nampak suprise sikit sebab taget dia baby boy. So masa beraya tu sempat lagi la aku buat bihun soto kegemaran my hubby di kampung mentua pada hr raya pertama.
Sekarang Rayyan dah 11 bulan dan dah berjalan pada usia dia 9 bulan lagi, gigi dah tumbuh 2 btg dan yang paling best dah pandai sebut "babah". Heran la aku.......?????dua2 org anak aku ni perkataan pertama mesti ABAH????Terasa amat kecil hati aku ni bila jadik cemtu. Maklumlah....kita ni kan mama diaorg, tapi babahnye dapat nama. Macam lembu punye susu, sapi dapat nama....hu...hu...hu....rasa nak nangis la..... Apala nasib diriku....????
Gambaq terbaru Muhammad Rayyan

Ketagih la pulak!!!!

Ni ha aku dah masuk tahap KETAGIH DAH NI!!!! Bukan apa ketagih nak tulis kat blog aku yang baru dok belajaq2 buat ni. Hari ni ja masuk opis ja terus buka blog.....tapi aku tak la war2kan lagi kat sesapa, malu lagi, nanti dah siap semua aku akan bagitau la.....boleh tahan ya kalau dah ketagih GILER2 ni....satu keja apa tak jadik lagi hari ni. Lagipun mood raya ada lagi, rasa malas nak keja la....

Cuti Lagiiiiii!!!

Bercuti ke Cameron Highland masa Chinese New Year. Cukup payah nak pujuk daddy aku pi, macam2 la alasan kena bagi kat dia, tak mau ikut, so aku kelentong la kata dah bayaq dah duit bilik. Family kakak aku mai dr KL tungguh kat Tapah. Malam sebelum tu tido kat Lumut dulu. Pagi2 after c/out terus bertolak ke Tapah. Nyesal aku bercuti waktu puncak masa raya cina, jem giler kat atas sana. Ni yang daddy aku malas ni kata dia sebab pilih waktu ramai2 org. Iyolah....masa ni la baru boleh cuti. Aku keja sendiri plak, lagi payah nak cuti. Bilik pun mahai tahap giler....kat Century Pines tu dalam RM300++ semalam. Rugi giler....kalau bukan cuti umum tak dak la cemtu herganya. Bayangkan 3 bilik (3Hari2Mlm)??????
Ni kat pekan Brinchang, shopping waktu malam.
sejukkkkkk!!!!!berasap mulut....sebab hujan sama
Gambaq ni masa kat ladang teh, ramai2 dok rest kat sana pagi2 lagi.

Familyku...

Familyku....inilah familyku...yang ku sayangi...mak, ayah, kakak&abang ipor dan adik2 serta anak saudaraku

CUTI-CUTI MALAYSIA

Masa ni pi bercuti di Taiping, Lumut...saja ja berjalan2 menghabiskan duit. Lagipun dah lama tak jln2. Mula2 singgah Bukit Merah Laketown Resort, tido semalam kat sana, lepas tu next morning after b/fast kami bertolak ke Taiping ronda2 kat sana, pi zoo, tasik & round2 satu Taiping b4 go to Lumut. Tido sana semalam pulak.....kami ni pesen bercuti rata2 tak stay kat 1 tempat ja. Singgah tido banyak tempat. Kat Lumut duk kat Teluk Batik Resort. Seharian jln2 di Lumut. Yang bestnya....malam makan seafood...mmg mengancam dan menyelerakan...macam2 dipesan antaranya udang masak mentega, fuhhhhhhh.....!!!!! yummy...yummy....
Ni masa di Pantai Teluk Batik, Lumut

My Lovely Kidz - Rafiqah Najwa


Tanggal 27 Ogos 2005 aku selamat melahirkan my first baby yang diberi nama RAFIQAH NAJWA. Memang dah agak akan dapat baby girl. Sebab tu tak kisah sebab mmg nak sangat baby girl yg first. Hubby pun tak kisah kata dia, janji selamat semua. Memang teruja habis, takut pun ada juga, tapi kan confuse leeeee....???? Nak tau pasai apa? sebab my girl tak sama kulit ngan mama&abah dia la..... Tak sangka dah ada baby dah.....


Masa ni umur Rafiqah 6 & 8 Bulan, dah belajar duduk dah dia
Cutenyeee....anak mama ni....dah pandai bergaya dah dia, siap senyum2 lagi bila nak ambik gambaq dia.

Saturday, September 26, 2009

Malam Nan Indah

Hari ni dah genap seminggu kita beraya. Alhamdulillah......dan terasa cepat sungguh masa berlalu.  Hari ni my sister balik KL dah pagi2 tadi, semakin sunyi la rumah mak aku hari ni. Tapi malam ni aku tak balik rumah M-I-L pun, selalu Sabtu ja mesti balik, tapi hubby ada plan lain. Rupa2nya malam ni hubby bawa makan KR dengan Rafiqah. Katanya dah lama tak makan, tapi confuse ni???? rasa sebelum posa dah makan masa kat JJ Perda hari tu. Ramai jugak.....tapi bila balik ja, terus sakit kepala pulak. Makan apa yekkkk?????. Tadi rasanya minum ice blended with cream....yang tu kot? Maklumla sejak umuq dok meningkat ni pantang silap makan ada saja yang tak kena, hangin la, sakit kepala la, mcm2. Balik ja rumah, terus buka laptop checking email sebab hari ni tak masuk opis.

Ni yang my kidz gemar sangat, sampai sepinggan dia habiskan. Macam tak caya ja Rafiqah Najwa dapat habiskan semua ni. Memang she very interested to finish it. Katanya "delicious" la mama. Budak2 la ni memang pandai bab2 camni. Menu ni dia yang pesankan, tak payah bagitau dah order dah apa yang dia nak
Ni yang aku suka ni!!! Padahal bukan boleh habis pun sepinggan ni, tapi don't worry my hubby can finish it.
.