Familyku....inilah familyku...yang ku sayangi...mak, ayah, kakak&abang ipor dan adik2 serta anak saudaraku
Sunday, September 27, 2009
CUTI-CUTI MALAYSIA
Masa ni pi bercuti di Taiping, Lumut...saja ja berjalan2 menghabiskan duit. Lagipun dah lama tak jln2. Mula2 singgah Bukit Merah Laketown Resort, tido semalam kat sana, lepas tu next morning after b/fast kami bertolak ke Taiping ronda2 kat sana, pi zoo, tasik & round2 satu Taiping b4 go to Lumut. Tido sana semalam pulak.....kami ni pesen bercuti rata2 tak stay kat 1 tempat ja. Singgah tido banyak tempat. Kat Lumut duk kat Teluk Batik Resort. Seharian jln2 di Lumut. Yang bestnya....malam makan seafood...mmg mengancam dan menyelerakan...macam2 dipesan antaranya udang masak mentega, fuhhhhhhh.....!!!!! yummy...yummy....
Ni masa di Pantai Teluk Batik, Lumut
My Lovely Kidz - Rafiqah Najwa
Tanggal 27 Ogos 2005 aku selamat melahirkan my first baby yang diberi nama RAFIQAH NAJWA. Memang dah agak akan dapat baby girl. Sebab tu tak kisah sebab mmg nak sangat baby girl yg first. Hubby pun tak kisah kata dia, janji selamat semua. Memang teruja habis, takut pun ada juga, tapi kan confuse leeeee....???? Nak tau pasai apa? sebab my girl tak sama kulit ngan mama&abah dia la..... Tak sangka dah ada baby dah.....
Masa ni umur Rafiqah 6 & 8 Bulan, dah belajar duduk dah dia
Cutenyeee....anak mama ni....dah pandai bergaya dah dia, siap senyum2 lagi bila nak ambik gambaq dia.
Saturday, September 26, 2009
Malam Nan Indah
Hari ni dah genap seminggu kita beraya. Alhamdulillah......dan terasa cepat sungguh masa berlalu. Hari ni my sister balik KL dah pagi2 tadi, semakin sunyi la rumah mak aku hari ni. Tapi malam ni aku tak balik rumah M-I-L pun, selalu Sabtu ja mesti balik, tapi hubby ada plan lain. Rupa2nya malam ni hubby bawa makan KR dengan Rafiqah. Katanya dah lama tak makan, tapi confuse ni???? rasa sebelum posa dah makan masa kat JJ Perda hari tu. Ramai jugak.....tapi bila balik ja, terus sakit kepala pulak. Makan apa yekkkk?????. Tadi rasanya minum ice blended with cream....yang tu kot? Maklumla sejak umuq dok meningkat ni pantang silap makan ada saja yang tak kena, hangin la, sakit kepala la, mcm2. Balik ja rumah, terus buka laptop checking email sebab hari ni tak masuk opis.
Ni yang my kidz gemar sangat, sampai sepinggan dia habiskan. Macam tak caya ja Rafiqah Najwa dapat habiskan semua ni. Memang she very interested to finish it. Katanya "delicious" la mama. Budak2 la ni memang pandai bab2 camni. Menu ni dia yang pesankan, tak payah bagitau dah order dah apa yang dia nak
Ni yang aku suka ni!!! Padahal bukan boleh habis pun sepinggan ni, tapi don't worry my hubby can finish it.
.
Thursday, September 24, 2009
Majlis Perkahwinanku
Rasa teruja semakin menjadik2....!!!!
Itu lah yang aku rasai masa ni....memang teruja sebab bersanding dah tu pulak selang 1 hari nak kenduri rumah hubby plak. Ni satu lagi bab yang ketor giler, sebabnya aku langsung tak penah jejak kaki kat umah mentua selama bercinta 8 tahun ni. Maunya...tak keruan jadiknya....Aku memang minat giler ngan kaler maroon ni, abih semua nak dimeroonkan. My family and all my friends semua dah bagitau kena pakai meroon....tak ka naya namanya....tapi save cost la sebab masa ni baru lepas raya puasa.
Ni masa kenduri umah aku ni....tengok...tengok...tengok meroon kan?
Majlis suap-meyuap....!!!
Majlis rumah aku ni pada 11 Disember 04 bertemakan Meroon colour. Since morning lagi hujan dah turun, Hujan Rahmat la katakan. Next day kenduri rumah my hubby pulak.
Baju Hijau Pucuk Pisang ni untuk manjlis kat rumah hubby pada 12 Disember 2004. Hubby suka kaler hijau, tu yang ambik kaler ni. Amacam masyukkkkk? Berposing bagai nak rak ni.
Amat Tersentuh Jiwaku...
Aku memang tersentuh dengan bait2 kata dalam lagu ni. Ntahlah...apa yang aku fikirkan tapi yang pasti lagu ni memberi aku kekuatan, semangat yang jitu bagi meneruskan perjalanan hidup kita andai dimana saja kita berada.
Layang-layang Terputus Talinya
Artist: Alleycats
Berarak mendung kelabu
Mengekori langkahku
Sepanjang kehidupan
Penuh dugaan
Namun aku tetap aku
Kucuba dan terus mencuba
Mencapai suria
Walau membakar jiwa
Walau aku dihina
Namun aku tetap aku
Derita oh derita
Engkau di mana-mana
Engkau di mana-mana
Walaupun jauh aku berlari
Mahupun berdiam diri
Namun indah mimpi dari realiti
Hidupku tanpa arah
Bagaikan layang-layang
Terputus talinya
Tapi pasti suatu hari nanti
Sinar suriakan menjelma
Indahkan lagu ni?....aku begitu bersemangat bila lagu ni aku dengar, terasa bagaikan ada satu semangat yang mendorong supaya aku berusaha dengan lebih keras...Inilah lagunya....amat indah dan melodinya cukup sayu....
Aku Dah Kahwin???
Macam tak percaya ja yang aku dah jadi milik orang...insan tersayang yang aku kenali hampir 8 tahun dan memang bercinta gile22222 punya, (memang cinta menjadikan orang itu gile). Inilah penangannya bila dah bercinta, memang nak kawin ja tagetnya. Masing2 dah kenal, namun bercinta berjauhan demi mengejar cita2. Tanggal 9 Disember 04 - aku dinikahkan oleh tok kadi kat Masjid Tambak Bunga. Sedo2 ja dah angkat doa...dah pass dah....la macam tak percaya cepat sgt, so easy dan yang pastinya tak sangka pulak yang my lovely hubby akad nikah sekali ja....Wah!!!memang kuat menghafal dia ni. Ni masa dok tengah genggam tangan Tok Kadi....musti nervous gilerrr....
Akhirnya......sahlah kami berdua as Hubby&Wife....Tengok, tengok....betapa gumbiranya hati ini bergambar lepas Akad Nikah....Horeyyyy!!!! Dah Kawin
Diapit oleh : Dr Kanan Abg Ed (Abg Ipor), Sepupu hubby, Pak Njang, Mak Njang, KAMI BERDUA, Angah Azizah, Wati, Chaq Nab, C. Long, Shada, Kak Ram, Ayahandaku, Abang Ipaq (A.Azli) dan Tokwan.
Subscribe to:
Posts (Atom)


