Friday, October 9, 2009

My Kidz Belated Birthday - Rafiqah Najwa



Masa ni 27 Ogos yg lalu. Bulan Ramadan Al-Mubarak, so mama order aja birthday kek ni ja. Sangat teruja dengn kek UPIN&IPIN. Memang seronok bangat dia dapat kek tu....sampai tersimpul2 senyumnya masa bergambaq.

Tahun ni memang meriah la buat si kakak Rafiqah Najwa ni, syok dia dapat buat birthday kat rumah & sekolah. Walau macam2 perangai Rafiqah dah buat pada mama, tapi mama tetap tak kisah....yang penting anak mama happy selalu. Tapi satu ja lagi yg dok tuntut....Hadiah dr mama?


Ni belated birthday kat sekolah. Best sangat nampaknya. Masa balik ja seronok bercerita pengalaman time tiup lilin ngan potong kek kat sekolah. Nak juga dia buat.....untuk kawan2 katanya. Goodies pun rafiqah yg pilih sendiri. She request to make barbie cakes for her....so i order satu untuk birthday girl ni. Cupcakes pun ada jugak. She's very happy on this day....Rafiqah...congrate...4 years and MAMA LOVE YOU SO MUCH...

Lama tak menulis

Rasanya dah lama tak dak entry baru dariku....buzy sgt bulan ni lepas2 raya ni. Biasalah...sudah tiba masanya aku mula bekerja keras mencari duit. Bekerja sendiri bukan macam makan gaji kan? Semua kena fikir dan buat...Maksudnya "AKULAH BOSS DAN AKU JUGA LA KULINYA" it's like teribble tapi itulah kenyataannya. Kerana bila aku jadik KULI aku akan rasa macam mana dok bawah. Bulan ni memang menggerunkan dengan perbelanjaan bisnes dah melambung. Ya lah...kata orang time2 macam ni la nak cari peluang walau peluang tu sebenarnya tak mendatangkan untung. Memang terasa dalam keadaan ekonomi yg menjunam????(tp depa kt ekonomi dok naik?????blur...la). Tambahan servis memang terasa sangat sebab ramai yang mengurangkan menggunakan servis dah la ni. Aku berharap tak lama benda ni dan berdoa agar ekonomi kita tidak berlanjutan macam ni. MAU CR MKN SUSAH WEHH!!!!

Wednesday, October 7, 2009

Birthday - Rafiq+Rafiqah

Ni masa birthday Rafiq, yang sebelah tu Rafiqah yang sibuk nak sambut sama birthday, so kek kena beli 2 biji lah....Sayang!!!! nak makan kek tu, jadi tengok sajaaaa...

Friday, October 2, 2009

Ini Kehidupanku..

Inilah yang sering aku lalui.....sebagai anak, isteri, mama, kakak, adik, menantu, adik ipor, biras, mak sedara semua sekali aku perlu lalui....

Sunday, September 27, 2009

Bebyku Sayang - Muhammad Rayyan

Lepas raya 2008 yang lalu aku selamat melahirkan baby boy yang diberi nama Muhammad Rayyan pada tanggal 14 Oktober bersamaan 14 Syawal 1429M. Sempena Raya dan nama dia bermaksud "Pintu Syurga Bg Org2 Yg Berpuasa". Nama ni aku yang pilih dah lama dah, cuma tak sure yg baby kali ni boy sebab pi scan byk kali tak clear la, dr kata maybe girl. So aku tak kisah sangat la cuba hubby nampak suprise sikit sebab taget dia baby boy. So masa beraya tu sempat lagi la aku buat bihun soto kegemaran my hubby di kampung mentua pada hr raya pertama.
Sekarang Rayyan dah 11 bulan dan dah berjalan pada usia dia 9 bulan lagi, gigi dah tumbuh 2 btg dan yang paling best dah pandai sebut "babah". Heran la aku.......?????dua2 org anak aku ni perkataan pertama mesti ABAH????Terasa amat kecil hati aku ni bila jadik cemtu. Maklumlah....kita ni kan mama diaorg, tapi babahnye dapat nama. Macam lembu punye susu, sapi dapat nama....hu...hu...hu....rasa nak nangis la..... Apala nasib diriku....????
Gambaq terbaru Muhammad Rayyan

Ketagih la pulak!!!!

Ni ha aku dah masuk tahap KETAGIH DAH NI!!!! Bukan apa ketagih nak tulis kat blog aku yang baru dok belajaq2 buat ni. Hari ni ja masuk opis ja terus buka blog.....tapi aku tak la war2kan lagi kat sesapa, malu lagi, nanti dah siap semua aku akan bagitau la.....boleh tahan ya kalau dah ketagih GILER2 ni....satu keja apa tak jadik lagi hari ni. Lagipun mood raya ada lagi, rasa malas nak keja la....

Cuti Lagiiiiii!!!

Bercuti ke Cameron Highland masa Chinese New Year. Cukup payah nak pujuk daddy aku pi, macam2 la alasan kena bagi kat dia, tak mau ikut, so aku kelentong la kata dah bayaq dah duit bilik. Family kakak aku mai dr KL tungguh kat Tapah. Malam sebelum tu tido kat Lumut dulu. Pagi2 after c/out terus bertolak ke Tapah. Nyesal aku bercuti waktu puncak masa raya cina, jem giler kat atas sana. Ni yang daddy aku malas ni kata dia sebab pilih waktu ramai2 org. Iyolah....masa ni la baru boleh cuti. Aku keja sendiri plak, lagi payah nak cuti. Bilik pun mahai tahap giler....kat Century Pines tu dalam RM300++ semalam. Rugi giler....kalau bukan cuti umum tak dak la cemtu herganya. Bayangkan 3 bilik (3Hari2Mlm)??????
Ni kat pekan Brinchang, shopping waktu malam.
sejukkkkkk!!!!!berasap mulut....sebab hujan sama
Gambaq ni masa kat ladang teh, ramai2 dok rest kat sana pagi2 lagi.